Monday, November 23

Camping

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum


YAAAAYYY FAZIERA DAH BALIK CAMPING HUEHUEHUE

Baiklah, sepertimana yang korang dah baca atas ni dengan bangganya aku nak bagitahu yang aku dah balik from camping(tepuk gemuruh sambil jerit woo) Over kan? Biasalah hahahaha

First day tu rasa macam lemah gila sebab perasaan malas tu masih ada. Eh kemon lah orang nak cuti bukan nak pergi kem!!?!?!?!?!1? Kem tu start 19-21 Nov yang lepas. So memory serta kenangan manis masih terletak di hati dan otak(bayangkan otak kita macam cerita inside out). Fasi yang train kitaorang dari pdrm. Memang betul-betul disiplin weh. Kalau kata pukul 9, 8:45 mesti dah ada. Serius bagus.

Lepas dah daftar apa sume tu, kitaorang ada ice breaking. Alah, biasalah tu kan one of common things yang perlu ada dalam kem hahahaha. Malam tu kitaorang buat night walk& owl walk kut. Nak diceritakan, kelakar jugaklah night walk kitaorang. Sekolah kat bandar, hutan pun takda sangat kat sini. Just then, kitaorang pergi "kind-of-hutan" sebelah sekolah kitaorang. Tak seram sangat sebab baru pukul 10pm and kitaorang habis night walk dalam pukul 12am gitu. Next, kitaorang pergi sekolah& buat owl walk.

Owl walk ni kena jalan sensorang dengan mata covered with any cloth. Fasi cakap, kalau ada benda datang kacau ke, panggil/jerit api. Alhamdulillah lah diorang punya trick langsung takda takutkan aku. Logiklah, mana ada hantu jejak tanah(senyum sinis). Dalam pukul 2am gitu baru kitaorang masuk tidur.

Hari kedua, fasi ajar seni pertahankan diri ikut polis punya. Aku rasa time tu, thigh aku nak pecah kut HAHAHAHAHA. Masa tengahari kitaorang kena denda sebab bising waktu makan padahal tak pun. Sengaja je nak dera. Fasi bagi 5minit je untuk habiskan nasi yang penuh dalam tupperware. After that, kitaorang pergi jungle trekking kat tempat night walk semalam tapi guna jalan jauh. Peh, dah lah time tu hujan. Serious do, masa jungle trekking tulah paling best. Kena rendam kat lumpur,bila bunyi bom cepat-cepat baring macam askar tengah perang no matter kau tengah berdiri kat mana pun hahhahaha.

Malam tu, kitaorang buat persembahan. Anything as long as dalam persembahan kitaorang ada isi tentang kepimpinan(well, it's the prefect camp why not?) Oklah nak jujur ni, time ni lah aku rapat dengan one of my senior(perempuan of course) yang tua setahun hahaha. Dia siap cakap, kat sekolah kita takda pun tegur kan, dekat kem ni barulah nak kenal. Pasni jangan tk tegur pulak" Aku memang dah lama admire dia gila sebab dia macam sumber inspirasi nak berjaya.

Masa nak tidur tu, kena denda sebab pukul 12am still ada yang tak tidur. Apelagi, luangkan masa tidur kat padang ah sampai pukul 1am. Sebelum tidur tu, kena merangkak dalam 50m gitu lah. Patu nak patah balik kena jalan itik ya allah dia punya seksa tu hahahaha mencabar. Then, baru kitaorang kena guling guling atas padang tu. Balik bilik, terus salin baju lain lah ek hahahahaha

Last day tu ada sikit drama nangis nangis hahaha penipu betul kata takda drama. Patu kitaorang balik bilik, kemas barang untuk balik. Memang kau akan kata seronok kalau kau pun ikut sekali. Terima kasih kepada semua fasi, inspektor, sm ramli& tuan hasbullah sebab trained kitaorang macam ni! Really hope that next year ada aktiviti yang lebih lasak& mencabar hehehehe

xoxo

balik rumah time malam, tetiba badan dah rasa dedor sebab jungle trekking time hujan hahaha sampai batuk teruk. gatal tekak :((